Terma Penggunaan Laman Web (MediaRich.io)

Terma Penggunaan (“Terma”) ini menentukan terma-terma akses dan penggunaan Laman Web serta kandungannya oleh anda dan membentuk persetujuan perundangan di antara anda dengan kami.

Anda perlu membaca Terma-terma in dengan teliti sebelum anda menggunakan Laman Web ini.

Penjualan dan pengedaran token kami kepada setiap penyumbang akan tertakluk kepada dan ditentukan oleh Terma dan Syarat (“T&C”), yang merupakan satu dokumen asing yang menyatakan terma dan syarat persetujuan di antara kami dan penyumbang Sekira berlakunya sebarang ketidakkonsistenan antara T&C dan Terma-terma ini, T&C akan dikekalkan.

DENGAN MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI, ANDA BERSETUJU DENGAN TERMA PENGGUNAAN INI.

  1. Definisi

“Kandungan” merujuk kepada teks, reka bentuk, data, kandungan video atau harta intelek lain, kandungan atau maklumat, yang tersedia untuk anda oleh kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada laporan ringkasan, petikan elektronik dan penerangan satu halaman.

 “Pengguna”“anda” merujuk kepada individu yang menggunakan Laman web itu.

 “Terma”“Terma Penggunaan” merujuk kepada Terma Penggunaan yang dinyatakan di sini, termasuk Jadual A ‘Notis Penting’.

“Kami”“kami” merujuk kepada syarikat yang menyediakan Laman web kepada Pengguna.

 “Laman web” merujuk kepada laman web yang boleh diakses di https://cpucoin.io termasuk subdomainnya, kod pemprograman, tekonologi berkaitan, cara penggunaan, pangkalan data dan reka bentuknya.

  1. Pendaftaran

Apabila anda mendaftar, anda akan diminta untuk memilih satu nama pengguna dan satu kata laluan. Anda bertanggungjawab ke atas penjagaan kata laluan dan anda bersetuju untuk tidak mendedahkan kata laluan anda kepada pihak ketiga.

Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab di atas sebarang aktiviti atau tindakan yang diambil di bawah nama pengguna anda, sama ada anda membenarkan atau tidak aktiviti atau tindakan tersebut.

  1. Sekatan dan Obligasi Pengguna 

Anda bersetuju untuk tidak melakukan tindakan berikut semasa menggunakan atau mengakses Laman web:

  • Menyamar atau menyalahgambarkan hubungan anda dengan mana-mana individu atau entiti atau melakukan penipuan.
  • Menghasil semula, mengadaptasi, menghasilkan karya terbitan semula, melaksanakan, memaparkan, menerbit, mengedarkan, menghantar, menyiarkan, menjual, memberi lesen atau mengeksploit Laman web dan Kandungannya.
  • Menggunakan Laman web dan Kandungannya untuk tujuan komersial.
  • Memintas, melumpuhkan atau mengganggu ciri-ciri berkaitan keselamatan Laman web, atau ciri-ciri yang menghalang atau menyekat penggunaan atau menyalin mana-mana Kandungannya.
  • Memalsukan mana-mana pengepala paket TCP/IP atau mana-mana bahagian maklumat pengepala dalam mana-mana siaran atau dalam sebarang cara menggunakan Laman web untuk menghantar maklumat boleh dicam sumbernya yang diubah, mengelirukan atau palsu.
  • Mengganggu atau menghalang (atau cubaan mengganggu atau menghalang) mana-mana laman web tersedia pada Laman Web, pelayan atau rangkaian disambungkan ke Laman web, atau sistem penghantaran teknikal salah satu pembekal kami atau tidak mematuhi mana-mana keperluan, prosedur, dasar atau undang-undang rangkaian yang bersambung ke Laman web.
  • Cubaan menyiasat, mengimbas atau menguji kerentanan mana-mana sistem atau rangkaian kami atau melanggar, menjejaskan atau memintas mana-mana langkah keselamatan atau pengesahan yang melindungi Laman web dan Kandungannya.
  • Cubaan menyahkod, menyahkompil, menyahhimpun atau melakukan kejuruteraan balikan pada mana-mana perisian yang digunakan untuk menyokong Laman web ini.
  • Cubaan untuk mengskrap, menghuraikan, mengakses atau melakukan carian meta pada Laman web atau Kandungannya dengan menggunakan mana-mana enjin, perisian, alatan, ejen, peranti atau mekanisme selain daripada perisian dan/atau ejen carian yang disediakan oleh kami atau mana-mana perisian atau ejen carian yang disediakan oleh pelayar web pihak ketiga.
  • Menggunakan Laman web atau Kandungannya dengan sebarang cara yang tidak dibenarkan oleh Terma-terma ini.
  • Menggalakkan atau mengarahkan mana-mana individu lain untuk melakukan perkara-perkara tersebut atau untuk melanggar Terma-terma ini.
  1. Hak Harta Intelek 

Hak Harta Intelek. Kami mempunyai semua hak, peranan dan kepentingan, termasuk semua hak harta intelek global untuk Laman web dan Kandungannya.

Geran Lesen & Penggunaan Dibenarkan. Tertakluk kepada pematuhan anda ke atas Terma-terma ini, kami memberikan lesen peribadi, seluruh dunia, tanpa royalti, tidak boleh dipindah milik dan tidak eksklusif kepada anda untuk mengakses dan menggunakan Laman web dan Kandungannya untuk tujuan peribadi. Tujuan utama lesen ini adalah untuk membolehkan anda menggunakan dan menikmati manfaat dalam Laman web ini dengan cara yang tertakluk kepada Terma-terma ini.

Sebarang penggunaan lain Laman web dan Kandungannya memerlukan kebenaran bertulis dari kami.

Laman web dan Kandungannya boleh digunakan dan diakses untuk tujuan yang dibenarkan undang-undang sahaja. Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan setempat, daerah, dalam negara dan luar negara berhubung dengan penggunaan Laman web dan Kandungannya oleh anda.

  1. Maklum Balas Anda

Jika anda memilih untuk berkomunikasi dengan kami berkenaan sebarang maklum balas, idea atau cadangan untuk meningkatkan Laman web dan Kandungannya, anda memberikan kami hak untuk menggunakan, mengubah, berkongsi, mengedar dan berkomunikasi maklum balas tersebut secara percuma, tidak boleh ditarik balik, tidak eksklusif, hak boleh pindah milik untuk sebarang dan semua tujuan komersial dan tidak komersial, tanpa tuduhan dan bebas dari sebarang obligasi pembahagian. Anda membenarkan mana-man maklum balas yang anda komunikasikan kepada kami tidak tertakluk kepada mana-mana lesen atau hak pihak ketiga lain.

  1. Penafian Jaminan

Penggunaan anda ke atas Laman web dan mana-mana Kandungan atau maklumat lain yang tersedia pada Laman web adalah di atas budi bicara anda sendiri dan kami dengan ini menafikan semua liabiliti kepada anda atau mana-mana pihak ketiga yang berkaitan dengannya.

Laman web dan semua Kandungannya, material, maklumat, produk dan perkhidmatan yang dinyatakan di sini, disediakan mengikut “SEADANYA” dan “SEMASA TERSEDIA” tanpa sebarang bentuk jaminan. KAMI MENAFIKAN SEMUA JENIS JAMINAN, DINYATAKAN SECARA TERSURAT ATAU SEBALIKNYA, BERKAITAN LAMAN WEB DAN KANDUNGANNYA, TERMASUK TANPA HAD JAMINAN PERANAN, KEBOLEHDAGANGAN, SESUAI UNTUK TUJUAN TERTENTU, PELANGGARAN HAK PROPRIETARI, TINDAKAN URUS NIAGA ATAU TINDAKAN PRESTASI.

Kami menafikan sebarang jaminan:

  • Berkenaan keselamatan, ketepatan, kebolehharapan, kekinian dan prestasi Laman Web.
  • Bahawa Laman Web dan mana-mana Kandungannya tidak akan mengandungi sebarang kesalahan atau kesalahan itu akan diperbetulkan.
  • Bahawa Laman web atau mana-mana Kandungannya mencapai kualiti, memenuhi mana-mana standard atau keperluan atau mematuhi mana-mana jangkaan anda berkenaan perkara ini.

Oleh kerana sesetengah negara atau bidang kuasa tidak membenarkan penyingkiran jaminan-jaminan tertentu, beberapa penyingkiran di atas mungkin tidak termaktub kepada anda.

  1. Pengehadan Liabiliti

KAMI, PEMEGANG SAHAM, PEGAWAI, PENGARAH, KAKITANGAN, KONTRAKTOR, PENASIHAT ATAU EJEN KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGKAWAB KE ATAS ANDA SEKIRANYA BERLAKU SEBARANG KEROSAKAN, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, TIDAK DISENGAJAKAN, KHUSUS, PUNITIF ATAU KEROSAKAN BERKAITAN YANG BERPUNCA DARI ATAU BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN KANDUNGANNYA OLEH ANDA SAMA ADA KEROSAKAN ITU BOLEH DIJANGKAKAN ATAU SAMA ANDA KAMI TELAH DIMAKLUMKAN BERKENAAN KEROSAKAN ITU MUNGKIN AKAN BERLAKU. HAD LIABILITI BERTERUSAN AKAN DIGUNAPAKAI SEPENUHNYA SELAGI DIBENARKAN OLEH BIDANG KUASA UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN.

JALAN PENYELESAIAN ANDA UNTUK KETIDAKPUASHATIAN ANDA KE ATAS LAMAN WEB ATAU KANDUNGANNYA ADALAH DENGAN BERHENTI MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI ATAU KANDUNGANNYA.

ANDA MAKLUM DAN BERSETUJU BAHAWA JIKA ANDA MENYEBABKAN SEBARANG KEROSAKAN YANG BERPUNCA DARIPADA TINDAKAN ATAU KESILAPAN KAMI, KEROSAKAN TERSEBUT, JIKA ADA, TIDAK BOLEH DIBAIKPULIH DAN TIDAK MENCUKUPI UNTUK MELAYAKKAN ANDA UNTUK SEBARANG UNJUNKSI ATAU OPERASI SEKATAN PENGGANTIAN YANG SERUPA LAIN KE ATAS LAMAN WEB ATAU PENYEBARAN KANDUNGANNYA.

  1. Pengubahsuaian

Kami mempunyai hak untuk membuat pengubahsuaian mengikut budi bicara kami:

  • Untuk mengubahsuai atau menyemak semula Terma-terma ini pada bila-bila masa dengan menyiarkan Terma-terma yang telah diubah pada Laman Web. Sila semak Terma-terma terkini untuk memastikan anda menyedari semua terma-terma yang menentukan penggunaan anda ke atas Laman Web.
  • Untuk membuat perubahan, kemas kini atau memberhentikan Laman web, Kandungan atau mana-mana format, ciri atau kefungsian pada bila-bila masa, dengan atau tanpa memaklumkan anda.
  • Untuk menamatkan atau menyekat akses kepada Laman web atau Kandungannya atas sebarang sebab.

Penggunaan berterusan Laman web oleh anda selepas perubahan atau kemas kini ini akan menjadi persetujuan anda ke atas Terma-terma yang telah disemak semula. Jika anda tidak bersetuju dengan perubahan tersebut, sila hentikan penggunaan Laman web ini dengan serta-merta.

Terma-terma ini kekal daripada tarikh penerimaan sehingga tarikh penamatan oleh anda atau kami selaras dengan Terma-terma ini.

  1. Penamatan dan Pembatalan Akaun

Anda boleh menamatkan Terma-terma ini pada bila-bila masa dengan memberhentikan penggunaan Laman web dan/atau dengan membatalkan akaun anda.

Tanpa mengehadkan penyelesaian lain, kami mungkin akan menggantung atau menamatkan Terma-terma ini dengan anda, atau mungkin menamatkan atau menggantung penggunaan Laman web oleh anda pada bila-bila masa.

  • Anda telah melanggar peruntukan dinyatakan dalam Terma-terma ini.
  • Anda melanggar hak proprietari, hak privasi atau hak milik intelek mana-mana individu, perniagaan atau organisasi.
  • Anda terlibat dengan tindakan lain berkaitan dengan atau sedang menggunakan Laman web dengan cara yang mungkin menyalahi undang-undang atau menyebabkan liabiliti, membahayakan, memalukan, mengganggu, menyalahguna atau mengganggu anda, Pengguna lain, kami, mana-mana pihak ketiga atau Laman web dan Kandungannya.
  • Ianya diwajibkan mengikut undang-undang yang berkaitan.
  • Kami berhenti menawarkan perkhidmatan dan/atau memberhentikan Laman web.

Walaupun dinyatakan di atas, kami berhak untuk menamatkan Laman web atau membatalkan akaun anda pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab.

Sebaik sahaja Terma-terma ini ditamatkan, semua lesen-lesen dan hak-hak untuk menggunakan Laman web dan Kandungan akan ditamatkan dengan serta-merta; dan anda akan menghentikan sebarang atau semua penggunaan Laman web dan Kandungan.

Sebaik sahaja akaun anda ditamatkan, anda tidak lagi boleh mengakses maklumat dan dokumen yang diserahkan oleh anda. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengekalkan sebarang maklumat dan dokumen berkaitan akaun anda yang disimpan dalam pangkalan data kami atau memajukan sebarang maklumat kepada anda atau kepada mana-mana pihak ketiga.

Sebarang penggantungan atau penamatan Terma-terma ini tidak akan memberi kesan terhadap pematuhan anda kepada kami di bawah Terma-terma ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada, hak proprietari dan pemilikan dan pengehadan liabiliti, yang bertujuan untuk mengatasi penggantungan atau penamatan tersebut.

  1. Umum 

Pilihan Undang-undang. Anda bersetuju bahawa perundangan Singapura mengawal Terma-terma ini, hal-hal berkaitan, hubungan di antara anda dan kami, sebarang tindakan berkaitan dengan Terma-terma ini dan sebarang tuntutan atau pertikaian yang mungkin timbul, tanpa mengira percanggahan peraturan undang-undang.

Notis. Sebarang bentuk notis atau komunikasi dibenarkan atau diperlukan di bawah Terma-terma ini akan dalam bentuk bertulis dan disediakan oleh pihak kami:

  • Menerusi e-mel (kepada alamat yang anda berikan semasa pendaftaran), atau
  • Dengan menyiarkannya pada Laman Web, termasuk papan pemuka akaun anda.

Kebenaran untuk Menerima Komunikasi dalam bentuk Borang Elektronik. Bagi tujuan kontrak, anda:

  • Memberi kebenaran untuk menerima komunikasi daripada kami dalam bentuk borang elektronik menerusi alamat e-mel yang telah anda serahkan; dan
  • Bersetuju bahawa Terma-terma dan semua persetujuan, notis, pendedahan dan lain-lain bentuk komunikasi yang kami sediakan kepada anda dalam bentuk elektronik memenuhi keperluan perundangan sama seperti dalam bentuk bertulis.

Bukan Penyerahan Hak. Anda tidak akan diberikan hak ke atas Terma-terma ini atau menyerahkan sebarang hak atau menyerahkan sebarang obligasi dinyatakan di sini, secara keseluruhan atau sebahagian, sama ada secara sukarela atau diperlukan oleh undang-undang, tanpa kebenaran bertulis dari kami. Sebarang penyerahan atau pembahagian bertujuan oleh anda tanpa kebenaran bertulis awal daripada pihak kami bermakna ianya tidak sah dan dibatalkan.

Kami mungkin menyerahkan Terma-terma atau sebarang hak dinyatakan di sini tanpa kebenaran anda.

Tiada Penepian. Kegagalan kami untuk menjalankan atau melengahkan hak perundangan atau penyelesaian disediakan oleh Terma-terma ini atau oleh undang-undang tidak akan menjamin penepian hak kami atau penyelesaian dari pihak kami.

Kebolehasingan dan Persepaduan. Jika sebarang bahagian dalam Terma-terma ini dikira sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, bahagian tersebut akan ditafsirkan dalam bentuk yang konsisten dengan undang-undang berkaitan untuk mencerminkan, sehampir mungkin, tujuan asal pihak-pihak tersebut dan baki bahagian tersebut akan kekal dikuatkuasakan.

Jadual A. NOTIS PENTING

Laman web, Laporan Ringkasan, penerangan satu halaman, siaran blog, persembahan, penerbitan pemegang saham, penasihat, pengurus dan konsultan kami (‘Media’) mungkin menggunakan, menyekat atau memaklumkan maklumat atau data yang berkaitan dengan model perniagaan, teknologi, produk dan perkhidmatan, serta acara jualan token oleh kami ( ‘Maklumat’).

SILA BACA NOTIS INI BERKAITAN MEDIA DAN MAKLUMAT INI DENGAN TELITI. JIKA ANDA BERASA RAGU-RAGU TENTANG TINDAKAN YANG PERLU ANDA AMBIL BERKENAAN PERKARA TERSEBUT, SILA RUJUK KEPADA PENASIHAT PERUNDANGAN, KOMERSIAL, KEWANGAN, PERCUKAIAN ANDA ATAU PENASIHAT PROFESIONAL LAIN.

Tujuan deskriptif sahaja

Maklumat hanyalah bertujuan deskriptif dan bukan bertujuan untuk mengikat persetujuan.

Maklumat termasuk maklumat pasaran dan industri dan ramalan yang telah diperolehi daripada kaji selidik tersedia secara dalaman atau secara umum, laporan dan penerbitan. Sumber-sumber tersebut dianggap boleh dipercayai, tetapi kami tidak memberi jaminan di atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan ramalan tersebut.

Jualan token melibatkan dan berkaitan dengan pembangunan dan penggunaan teknologi terkini dan eksperimental yang mungkin tidak seperti dijangkakan atau dilengkapkan seperti dinyatakan dalam Media.

Langkah-langkah perundangan, penyiasatan atau tindakan mungkin memberi kesan terhadap produk dan perkhidmatan kami serta mengehad atau menghalang ia daripada dibangunkan atau dilaksanakan.

Model perniagaan kami mungkin berubah disebabkan oleh undang-undang baharu atau keperluan pematuhan daripada mana-mana undang-undang berkaitan dalam mana-mana bidang kuasa.

Pernyataan berwawasan

Semua maklumat berkenaan prestasi, produk, perkhidmatan, token dan acara jualan token akan datang kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada hasil, pendapatan, strategi, prospek, akibat dan semua pernyataan lain akan datang yang bukan berbentuk sejarah akan membentuk “pernyataan berwawasan”. Pernyataan berwawasan berikut tertakluk kepada risiko dan ketakpastian yang mungkin menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material daripada yang diharapkan. Apabila digunakan di sini, perkataan “menjangka,” “bertujuan,” “anggaran,” “dipercayai,” “dijangka,” “rancang,” “patut,” “hipotesis,” “lebih kurang”, “berpotensi,” “ramalan,” “mengunjurkan,” “tujuan”, “sasaran”, “boleh”, “jika”, “mungkin”, “munasabah”, “kemungkinan”, “akan”, variasi perkataan-perkataan dan pengungkapan atau simbol yang serupa bertujuan untuk mengenalpasti pernyataan berwawasan tersebut. Semua pernyataan berwawasan yang dibuat oleh Media layak dianggap sebagai pernyataan peringatan dan kami tidak menjamin bahawa hasil atau pembangunan tersebut akan dijadikan kenyataan atau jika ia menjadi kenyataan, ia tidak mempunyai kesan seperti yang diingini. Semua peserta jualan token diberi peringatan untuk tidak meletakkan kebergantungan tidak wajar ke atas pernyataan berwawasan ini dalam membuat keputusan untuk menyertai jualan token. Tiada perwakilan, jaminan, usaha, atau janji diberikan selaras dengan pernyataan berwawasan tersebut.

Tidak direka atau bertujuan sebagai aset sekuriti atau pelaburan

Token kami tidak mewakili ekuiti, saham, royalti atau hak untuk dijadikan modal, dividen, bunga, keuntungan atau pendapatan pada entiti yang mengeluarkan token atau mana-mana entiti dalam mana-mana bidang kuasa

Token kami tidak direka atau bertujuan menunjukkan prestasi atau mempunyai nilai tertentu di luar ekosistem kami.

Token kami tidak boleh digunakan atau dibeli untuk tujuan spekulatif atau pelaburan.

Bukan tawaran atau pengumpanan

Kami tidak menawarkan sebarang sekuriti, aset, debentur atau skim pelaburan terkumpul untuk tujuan pelaburan.

Tiada sebarang bahagian Media bertujuan sebagai dokumen penawaran perkhidmatan kewangan atau apa jua bentuk prospektus.

Maklumat bukanlah pengumpanan pelaburan dan tidak bersesuaian untuk dijadikan tawaran sekuriti, saham, aset, debentur, pilihan skim pelaburan kolektif atau masa depan dalam mana-mana bidang perundangan. Media mengandungi gambaran ringkas mengenai kefungsian produk dan perkhidmatan kami dan penggunaan token kami di dalam ekosistem kami.

Bukan satu pengesyoran atau nasihat

Penggunaan maklumat tidak boleh dan tidak menjamin bahawa penyumbang akan membuat keuntungan atau tidak akan mengalami kerugian. Data dan maklumat tersebut bertujuan hanya sebagai informasi sahaja.

Media tidak termasuk atau mengandungi sebarang maklumat atau indikasi yang boleh digunakan sebagai dasar untuk sebarang keputusan dalam menyertai jualan token.

Media dan maklumat tidak boleh ditafsirkan dan tidak bertujuan untuk membekalkan nasihat profesional, perniagaan, perundangan, cukai, pelaburan atau kewangan.

Kami tidak menawarkan sebarang nasihat berkenaan keadaan, nilai berpotensi atau kesesuaian token atau acara jualan token kami.

Pengetahuan diperlukan & Risiko

Keputusan untuk menyertai jualan token melibatkan risiko tinggi dan perlu berdasarkan nasihat daripada profesional kewangan yang bertauliah.

Jika tidak, semua peserta jualan token perlu menggunakan budi bicara sendiri dan mempertimbangkannya dengan teliti sama ada maklumat tersebut bersesuaian dengan mereka mengikut keadaan kewangan peribadi dan keupayaan mereka untuk menanggung risiko pelaburan.

Jualan token yang dibincangkan dalam Media tidak dinilai oleh mana-mana pihak berkuasa dan tiada tindakan dirancang untuk berbuat demikian mengikut mana-mana undang-undang atau peraturan mana-mana bidang kuasa.

Kawasan dilarang

Tiada token akan ditawarkan kepada Individu dilarang seperti dinyatakan dalam Terma dan Syarat jualan. Individu Dilarang tidak dibenarkan untuk menyertai jualan token dan membeli token kami.

Semua peserta harus memastikan mereka bertindak selaras dengan pengakuran terhadap undang-undang berkaitan dan mengetahui kedudukan pihak berkuasa dalan bidang kuasa mereka.

Pengehadan liabiliti

ANDA BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEPUTUSAN YANG ANDA BUAT BERDASARKAN PADA MAKLUMAT DAN/ATAU PENGGUNAAN MAKLUMAT TERSEBUT.

TANPA PREJUDIS PADA KEUMUMAN KLAUSA TERMA ‘PENGEHADAN LIABILITI’, TANPA MENGIRA KEADAAN AKAN KAMI, PENGASAS KAMI, AHLI PASUKAN, PENASIHAT DAN MANA-MANA PIHAK KETIGA YANG TERLIBAT DALAM PROJEK INI AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KERUGIAN ATAU KEROSAKAN YANG ANDA ATAU SESIAPA SAHAJA ALAMI SEBAGAI HASIL DARIPADA SEBARANG AKTIVITI YANG ANDA ATAU ORANG LAIN LAKUKAN BERDASARKAN PADA MAKLUMAT YANG ANDA TERIMA DARIPADA MEDIA ATAU SEBAGAI HASIL DARIPADA PENGGUNAAN MAKLUMAT DAN/ATAU MEDIA TERSEBUT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KETIDAKLAYAKAN TOKEN KAMI.

Penafian Jaminan

TANPA PREJUDIS KEPADA KEUMUMAN KLAUSA TERMA ‘PENAFIAN JAMINAN’, SEMUA MAKLUMAT DAN MEDIA YANG DISEDIAKAN ADALAH “SEADANYA” TANPA SEBARANG BENTUK JAMINAN. KAMI TIDAK MEWAKILI DAN MENAFIKAN SEMUA JAMINAN TERSURAT ATAU SEBALIKNYA DAN SEBARANG JENIS JAMINAN BERKANUN KEPADA ANDA/ATAU MANA-MANA PIHAK KETIGA, TERMASUK JAMINAN KETEPATAN, KEKINIAN, KELENGKAPAN ATAU KESESUAIANNYA UNTUK SEBARANG TUJUAN TERTENTU.

Hak Cipta © DServices Ltd. Dba MediaRich.io Hak CIpta Terpelihara.

Don't miss out, stay updated on the latest news!